Asaalamualaikum & Happy Holiday
Alhamdulillah hari ini saya dn keluarga berpeluang menjelajah bandaraya Kuching,Sarawak.
Bersambung.......
Ya Allah!permudahkan segala urusanku dalam menanamkan sifat ingin menuntut ilmu pada puteri bongsuku...Hindarkan aku dari melakukan sebarang kekhilafan dalam mendidiknya... Kurniakan sifat sabar,tenang dan janganlah kau hakis sifat penyayangku dalam melayani kerenahnya yang pelbagai...Amin Ya Rabb...
DIARI KASIH NURIN
Friday, November 29, 2013
Thursday, November 28, 2013
Cabaran Kehidupan:Antara Amanah,Tanggungjawab dan Kasih Sayang
Pejam celik,pejam celik...cuti persekolahan dah masuk minggu ke 2...
Semoga Nurin dpt menmanfaatkn cuti ini sebaiknya. Nurin patuhi aje jadual yang abah dn mama susun.Teima kasih mama kerana bersabar dengan ragam Nuin yang berjutaaaaaaa versi....tapi Alhamdulillah jadual baca Quraan berjalan lancar...walau terkadang Nurin baca dalam sebak dan suara tersekat2.....sedih dn sayu seakan memberontak....
Semoga doa mama supaya tarikan Aura Alquraan lebih 'power' dari tarikan bermacam Laman sosial...yang berbagai ragam di ruang tamu..
Nurin tahu...kerana sebuah amanah,sebuah tanggungjawab dan demi kasih sayang...mama tersangat 'garang' memantau jadual bacaan quraan Nurin...terima kasih mama dan abah. Nurin dapat buktikan bahawa masa cuti sekolah ini...Nurin dapat lebih rapat dan akrab dengan Kallamullah. Alhamdulillah Wa Syukurillah,dengan bimbingan dan kasih sayang mama abah,Nurin jadi kuat!!!.
Nurin:Sayang Mama Abah,along,angah,acik,abang.......................
![]() |
| Kalau rajin...dapat bercuti lagi... |
![]() |
| InsyaAllah,jadi kenyataan..."Next Trip to Be...." |
Nurin:Sayang Mama Abah,along,angah,acik,abang.......................
Tuesday, November 19, 2013
Musim Cuti Persekolahan
Salam semua,
Tik....mana yang dipatuhi..................
| Ya Allah Ya Raheem,bantulah kami mentaatiMu.... Janganlah kau lalaikan kami walau seddetik! |
Hari ini hari ke 3,minggu pertama cuti sekolah.Seperti biasa mama saya pening untuk mengaturkan jadual aktiviti saya sepanjang musim cuti...dalam kesibukan mesti saya mdengarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr leteran mama:
- bangun awal pagi....solat subuh
- baca quraan
- mandi,sarapan
- ulangkaji
- tolong mama apa yang patut...menyusun buku,kemas meja
- makan tghari
- solat zohor
- menonton tv..rcngan berfaedah shj!
- solat asar
- baca quraan(Allah suruhhhhh)
- tutup tv.....
- solat maghrib baca quraaaaaaaaan (sapa suruh???????)
- solat isyak
- Tidur
Tik....mana yang dipatuhi..................
Alhamdulillah,Insya Allah,moga DIA perkenankan usaha mama mengajar dan mendidik anak2nya ini dengan ilmu bermanfaat sebagai salah satu kesungguhan menjadikan sumber pahala yang berterusan dan persiapan menuju akhirat.Ameen Ya Rob....
Friday, November 8, 2013
Saturday, October 19, 2013
Monday, October 7, 2013
TINGGAL SEHARI LAGI
Salam semua,
Hari ini merupakan hari terakhir saya dapat bermanja sepuasnya dengan acik kerana esok acik (abang no 2 saya) akan bergerak jauh untuk melanjutkan pelajarannya. Mulai esok, tiada lagi kelibat acik menghantar dan menjemput saya pergi dan pulang dari sekolah pagi dan petang. InsyaAllah..sehingga Acik pulang ber cuti..pada tahun hadapan.....masa tu saya sudah di tahunn 4.
Semoga Allah memudahkan semua urusan Acik sepanjang merantau Dan berjihad menuntut ilmu nun jauh di sana di bumi Kinanah..
Hari ini merupakan hari terakhir saya dapat bermanja sepuasnya dengan acik kerana esok acik (abang no 2 saya) akan bergerak jauh untuk melanjutkan pelajarannya. Mulai esok, tiada lagi kelibat acik menghantar dan menjemput saya pergi dan pulang dari sekolah pagi dan petang. InsyaAllah..sehingga Acik pulang ber cuti..pada tahun hadapan.....masa tu saya sudah di tahunn 4.
Semoga Allah memudahkan semua urusan Acik sepanjang merantau Dan berjihad menuntut ilmu nun jauh di sana di bumi Kinanah..
Thursday, August 29, 2013
SANAH HELWAH ABANG AIMAN
Assalamualaikum wht,
Selamat Ulanggtahun Tahun mama ucapkan untuk Abang Aiman yang ke 16.Walaupun tarikh 30 Ogos jatuh pada hari Jumaat dan merupakan hari cuti di Terengganu tapi...disebabkan Aiman berjauhan dari keluarga...tak dapatlah diraikan...anggap ajelah kita dah ~celebrate~ awal dihari raya ketika bercuti baru-baru ini.
Sempena hari bersejarah ini...dengan peningkatan usia...moga anak mama akan lebih matang...dan lebih berdikari. Sesungguhnya mama dan abah sangat-sangat bersyukur padaNya dan rasa amat bertuah kerana di usia ini Aiman sudah berjaya menghafal 30 Juzuk Kalamullah.Alhamdulillah!!!
Moga menjadi bekalan abadi dalam meniti kejayaan di masa depan untuk menjadi anak soleh serta cemerlang di dunia dan akhirat.Doa mama tak-tak putus semoga anakanda kesayangan sentiasa dilindungi dengan payung rahmat Ilahi dengan fikiran ,hati yang terang,kejayaan serta kecemerlangan yang berpanjangan.Aminn.
![]() |
| Mengintai Masa Depan.... |
![]() | |
| Diam2..berisi si pemilik nama AIMAN HAZIM |
![]() |
| Raikan birthday lebih awal di bumi Perth 14 Ogos 2013 |
Subscribe to:
Posts (Atom)









