DIARI KASIH NURIN

Thursday, August 29, 2013

SANAH HELWAH ABANG AIMAN


Assalamualaikum wht,


Selamat Ulanggtahun Tahun mama ucapkan untuk Abang Aiman yang ke 16.Walaupun tarikh 30 Ogos jatuh pada hari Jumaat dan merupakan hari cuti di Terengganu tapi...disebabkan Aiman berjauhan dari keluarga...tak dapatlah diraikan...anggap ajelah kita dah ~celebrate~ awal dihari raya ketika bercuti baru-baru ini.

Sempena hari bersejarah ini...dengan peningkatan usia...moga anak mama akan lebih matang...dan lebih berdikari. Sesungguhnya mama dan abah sangat-sangat bersyukur padaNya dan rasa amat bertuah kerana di usia ini Aiman sudah berjaya menghafal 30 Juzuk Kalamullah.Alhamdulillah!!!

Moga menjadi bekalan abadi dalam meniti kejayaan di masa depan untuk menjadi anak soleh serta cemerlang di dunia dan akhirat.Doa mama tak-tak putus semoga anakanda kesayangan sentiasa dilindungi dengan payung rahmat Ilahi dengan fikiran ,hati yang terang,kejayaan serta kecemerlangan yang berpanjangan.Aminn.


Mengintai Masa Depan....
Diam2..berisi si pemilik nama AIMAN HAZIM

Raikan birthday lebih awal di bumi Perth 14 Ogos 2013


No comments:

Post a Comment