DIARI KASIH NURIN

Friday, August 31, 2012

Hari Kemerdekaan 2012

Luahan Hati Adik dari Mama


Selamat Ulangtahun kelahiran ke 15 untuk Aiman  




 

(Ya Allah berikan anakku hikmah kebijaksanaan serta kejayaan di dunia dan akhirat. Jadikan mereka anak yang soleh yang diredhai olehMu, beriman & bertaqwa, taat dan menghormati kedua ibubapa.)



Tanggal 31 Ogos tahun ni...kami sekeluarga berada di Dungun....Jauhnya membawa diri...ala-ala makan angin...
Entahlah...cuma ini sekadar yang kami mampu membantu kedua abang yang akan menempuh peperiksaan yang besar tahun ni..itulah kata abah dan mama...
Abah sangat berharap dpt menggnakan masa terluang ini utk membantu sedaya yg boleh utk abang menelaah pelajaran mana-mana yang kurang faham...walaupun sedikit kelihatan macam 'rejim'...tapi sebenarnya abah dn mama lakukan utk memudahkan abang menghadapi kertas- kertas soalan nanti...

Jadual percutian kami bermula dengan c inn di Hotel UITM pada malam khamis 29 ogos...selepas balik dari sekolah kami bertolak ke Dungun kerana kebetulan 30 Ogos ada majlis temu murni PMR 2012...yg kebetulan sama tarikh dengan ulangtahun kelahiran abang ke 15...mama tak pernah lupa tu...mana mungkin mama lpa kerana itu kan tarikh keramat mama menyambut kelahiran abang 15 tahun dulu di Pusat Bersalin Tawakal di Kluang Johor.Cepatnya masa bjalan....Abang Aiman dh nak menghadapi Peperiksaan PMR.

Pada Khamis 30 Ogos pagi-pagi lg kami bersiap ke sekolah abang...jam 10 pagi para jemputan telah memenuhi Dewan di IMTIAZ menengah atas..rupanya majlis serentak dengan Jamuan AidilFirti....

Setelah selesai ucapan Tuan Pengetua,abah dan mamapun mulalah berjumpa dengan guru matapelajaran seorang demi seorang...bmula dengan Guru BI,Sains,Sejarah,Pai,Bahasa Arab,BM,KHB,Geo,

Semuanya berjalan lancar....tp bila sampai giliran perjumpaan dengan guru KHB...mama kelihatan sedikit terkejut dgn kata- kata guru abang...rupanya abang suka merajuk dalam kelas..bila ada yang tak kena...abg susah berjumpa cikgu bila ada sebarang masalah...kenapa boleh jadi macam tu...mama kelehitan betul2 terkejut...kata mama" mama tak sangka, perangai abang jadi macam tu...kerana abang yg mama kenal sangat periang dan peramah dr kecil....suka bertanya itu dan ini...macam2 soalan yg keluar dr mulut abang sehingga penat abah dan mama nak layan..." kata mama lg..."mama terasa bagaikan salah mama je...tak sempat bercakap banyak dengan abang sebab fakor jauh dari mata..kerana abang membesar di asrama...walaupun mama tak pernah lupa berdoa pada tuhan biar abang jd seorg yg kuat,selalu berjaya...cemerlang selalu...baik utk ilmu dunia maupun akhirat...Pada tuhan mama memohon pada tuhan agar semuanya belum terlambat dan semua itu tidak menghalang abang utk mencipta kecemerlangan kerana Adik pernah dengar yg mama nk sangat kedua2 abang bjya dengan cemerlang...seterusnya berpeluang ke 'Majlis Kecemerlangan S Darby'...maklumlah semasa majlis meraikan angah dan along dulu...mama terlepas krn kepenatan sekembali dr Umrah....masa majlis utk kecemerlangan UPSR Acik pun sama...masa tu..mama,abah dn kita semua masih di Mekah...Masa majlis kecemerlanan UPSR abang lglah mama termiss'. Kerana abah lupa isi form..
Tp kata mama tak apalah...mesti semua itu ada hikmah dari Allah...kerana dia yg maha mengetahui segalanya...Perancangan Allahlah yg maha perfect...

Adik sangat berharap agar abang dn acik dpt mengembirakan hati abah dn mama...kerana adik perhatikan,walaupun mama dn abah berjauhan dr abang dn acik tp di mulut mama sentiasa menyebut pasal peperiksaan abang dn acik...pada setiap peristiwa...jadual cuti dn sebagainya ianya tidak terlps dri perhatian mama,..adik mendengar semua itu semasa abah berbual dgn mama...,mama bercerita dgn kawan2nya di mana-mana saja......taulah adik yg mama sentiasa risaukan abang dn acik. Adik tahu...mama sangat berbangga dengan abang dn acik kerana berjaya menghafal kalam Allah dari masa ke semasa,mama sentiasa bersyukur dengan kurniaanNya. Mama bercerita yang mama pernah mengalirkn air mata kegembiraan semasa abang menjadi imam di masjid tempat kita...mama tau abang suka menyahut cabaran...
Doa ikhlas dari Mama...Ya, Rabbi...hindarkanlah kami daripada terus menerus mengharapkan pertolongan manusia,sehingga sengaja mengenepikan usaha sendiri terlebih dahulu.....setelah itu berikanlah kami kekuatan dan keazaman yang jitu untuk melaksanakannya.Jgn biarkn kami mudah melahirkan rasa putus asa.Semoga dgn sekelumit usaha yang kami cagarkn ini,menjdkan kami insan2 yg sanggup berkorban untuk agamaMu.....


Setelah menghabiskan masa '
percutian belajar' selama 4 hari 3 malam akhirnya kami sekeluarga kembali semula ke Selangor selepas menghantar ke dua2 abang dn acik ke asrama.Hari ini 2 September acik meneruskan Trial SPMnya dengan Subjek Pendidikan Syariah...Good luck untuk acik...kami doakan semoga abang dn acik diberikan kekuatan dn kesihatan yang baik.Ameen...