DIARI KASIH NURIN

Friday, November 29, 2013

Yeaay...Holiday-Trip To Kuching

Asaalamualaikum & Happy Holiday

Alhamdulillah hari ini saya dn keluarga berpeluang menjelajah bandaraya Kuching,Sarawak.

Bersambung.......

Thursday, November 28, 2013

Cabaran Kehidupan:Antara Amanah,Tanggungjawab dan Kasih Sayang

Assalamualaikum dan Selamat Bercuti Nurin!

                                                                       

Pejam celik,pejam celik...cuti persekolahan dah masuk minggu ke 2...

Semoga Nurin dpt menmanfaatkn cuti ini sebaiknya. Nurin patuhi aje jadual yang abah dn mama susun.Teima kasih mama kerana bersabar dengan ragam Nuin yang berjutaaaaaaa versi....tapi Alhamdulillah jadual baca Quraan berjalan lancar...walau terkadang Nurin baca dalam sebak dan suara tersekat2.....sedih dn sayu seakan memberontak....

Semoga doa mama supaya tarikan Aura Alquraan lebih 'power' dari tarikan bermacam Laman sosial...yang berbagai ragam di ruang tamu..

Nurin tahu...kerana sebuah amanah,sebuah tanggungjawab dan demi kasih sayang...mama tersangat 'garang' memantau jadual bacaan quraan Nurin...terima kasih mama dan abah. Nurin dapat buktikan bahawa masa cuti sekolah ini...Nurin dapat lebih rapat dan akrab dengan Kallamullah. Alhamdulillah Wa Syukurillah,dengan bimbingan dan kasih sayang mama abah,Nurin jadi kuat!!!.

Kalau rajin...dapat bercuti lagi...


                                                                             
InsyaAllah,jadi kenyataan..."Next Trip to Be...."

Nurin:Sayang Mama Abah,along,angah,acik,abang.......................




Tuesday, November 19, 2013

Musim Cuti Persekolahan

Salam semua,


Ya Allah Ya Raheem,bantulah kami mentaatiMu....
Janganlah kau lalaikan kami walau seddetik!

Hari ini hari ke 3,minggu pertama cuti sekolah.Seperti biasa mama saya  pening untuk mengaturkan jadual aktiviti saya sepanjang musim cuti...dalam kesibukan mesti saya mdengarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr leteran mama:

  • bangun awal pagi....solat subuh
  • baca quraan
  • mandi,sarapan
  • ulangkaji
  • tolong mama apa yang patut...menyusun buku,kemas meja
  • makan tghari
  • solat zohor
  • menonton tv..rcngan berfaedah shj!
  • solat asar
  • baca quraan(Allah suruhhhhh) 
  • tutup tv.....
  • solat maghrib baca quraaaaaaaaan (sapa suruh???????)
  • solat isyak
  • Tidur


Tik....mana yang dipatuhi..................

Alhamdulillah,Insya Allah,moga DIA perkenankan usaha mama mengajar dan mendidik anak2nya ini dengan ilmu bermanfaat sebagai salah satu kesungguhan menjadikan sumber pahala yang berterusan dan persiapan menuju akhirat.Ameen Ya Rob....





Friday, November 8, 2013

Monday, October 7, 2013

TINGGAL SEHARI LAGI

Salam semua,

Hari ini  merupakan  hari terakhir saya  dapat  bermanja  sepuasnya dengan acik kerana esok acik (abang no 2 saya) akan bergerak jauh untuk melanjutkan pelajarannya.  Mulai esok, tiada lagi  kelibat acik menghantar dan menjemput saya pergi dan pulang dari sekolah pagi dan petang. InsyaAllah..sehingga Acik pulang ber cuti..pada tahun hadapan.....masa tu saya sudah di tahunn 4. 

Semoga Allah memudahkan semua urusan Acik sepanjang merantau Dan berjihad menuntut ilmu nun jauh di sana di bumi Kinanah..













Thursday, August 29, 2013

SANAH HELWAH ABANG AIMAN


Assalamualaikum wht,


Selamat Ulanggtahun Tahun mama ucapkan untuk Abang Aiman yang ke 16.Walaupun tarikh 30 Ogos jatuh pada hari Jumaat dan merupakan hari cuti di Terengganu tapi...disebabkan Aiman berjauhan dari keluarga...tak dapatlah diraikan...anggap ajelah kita dah ~celebrate~ awal dihari raya ketika bercuti baru-baru ini.

Sempena hari bersejarah ini...dengan peningkatan usia...moga anak mama akan lebih matang...dan lebih berdikari. Sesungguhnya mama dan abah sangat-sangat bersyukur padaNya dan rasa amat bertuah kerana di usia ini Aiman sudah berjaya menghafal 30 Juzuk Kalamullah.Alhamdulillah!!!

Moga menjadi bekalan abadi dalam meniti kejayaan di masa depan untuk menjadi anak soleh serta cemerlang di dunia dan akhirat.Doa mama tak-tak putus semoga anakanda kesayangan sentiasa dilindungi dengan payung rahmat Ilahi dengan fikiran ,hati yang terang,kejayaan serta kecemerlangan yang berpanjangan.Aminn.


Mengintai Masa Depan....
Diam2..berisi si pemilik nama AIMAN HAZIM

Raikan birthday lebih awal di bumi Perth 14 Ogos 2013


Saturday, August 24, 2013

PUASA ENAM

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Selamat Berpuasa Sunat Enam
Sudah berjayakah menunaikan puasa sunat Syawal???

Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal. 

Lafaz niat bagi yang balum tahu

Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

Maklumat lanjut: Klik disini


Friday, August 9, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434

Assalamualaikum wht

     Hari ini dah masuk hari kedua kita umat Islam menyambut hari kemenangan..Dan meninggalkan Ramadhan berlalu pergi...walaupun dengan berat di hati terpaksa meninggalkan bulan yang dijanjikan dengan seribu ganjaran...

  Kalau dulu,raya pertama lagi kami dapat berkumpul bersama2 di rumah che long iaitu kakak sulong abah, tapi ianya telah sedikit berubah sejak 2 tahun kebelakangan ini...iaitu setelah ayah Nan mendpt menantu iaitu selepas Kak Ti dan Kak Imah menemui jodoh masing-masing.
Saya,mama,k Imah,Che ngah,K Ti,Angah
    Kami sekeluarga Cuma dpt beraya di kampung sampai raya ke dua sahaja..bermakna hari ini saya Dan keluarga Akan bertolak balik ke Selangor.  Pagi2 lagi kami dah bersiap...selepas menziarahi 3 atau empat keluarga nenek saudara...lebih kurang pukol 12 tengah hari kami pun bergerak Dari Kampung Atas Tol ke destinasi seterusnya.  Memandangkan hari ini hari Jumaat abah bhenti untuk solat Jumaat di Masjid Al Barakah berhampiran Pekan Ajil. Sementara menunggu masuk waktu solat kami sempat beraya dengan keluarga Ayah Nan..abang kepada abah.

image.jpeg
Dari kiri Abah,Along,Acik,Abang,Ayah Nan,Abg Zul,Mi,Abg Daus,Ki
   Setelah usai solat Jumaat dan bermaafan kamipun meneruskan perjalanan dan berhenti rehat di R&R Gambang....selepas mama dan angah selesai solat...perjalanan lagi dan mama bercadang untuk menziarahi bapa saudara mama iaitu satu2nya abang arwah nenek di Felda Jengka 9.Tetapi kebetulan pula keluarga Atuk Harun dalam perjalanan untuk beraya ke Terengganu...Alhamdulillah Allah masih mengizinkan dan memakbulkan hasrat mama untuk berjumpa dan bermaafan dengan atuk Harun...kerana mama mengatur pertemuan di Bandar Maran iaitu dideretan kedai berhampiran pasaraya Tunas Manja...serta bhadapan dengan bangunan Pejabat Risda Maran.
 
image.jpeg
Angah,Mak long,Mama,nenek,atuk Harun,Abah,Pak long,anaknya(Firdaus),
Abang dan Along,acik (dalam kereta)...saya yang snap gambar!
           Pak long Anuar iaitu anak sulong atuk Harun siap mengusik saya..."Oooo inilah Nurin Ayshah yang selalu berchatting dengan paklong dalam FB"....hihi...saya malu.... setelah bertanya khabar dn bermaaf-maafan, kamipun meneruskan perjalanan...saya berpeluang menambah koleksi kutipan duit raya sbyk #sepuluh ringgit# lagi...seronok sangat!!! Semoga dapat berjumpa lagi di lain hari.....dan silaturahim berpanjangan insyaAllah.

                             SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...
                MINNAL AIDIL WAL FAIZIN...


      BERHATI-HATI DI JALANRAYA 

            DAN DI MANA2 SAJA...
KERANA MALANG TIDAK DAPAT DIHIDU...

~UkwahFillah~

Wednesday, July 24, 2013

Bagaimana Puasa Nurin?

Salam Ramadhan Kareem.


Untuk Nurin!
Hari ini dah separuh Ramadhan Nurin harungi...Alhamdulillah dalam pahit manis,tawa tangis Nurin dapat juga melepasi saat2 susah bangun  bersahur Memang melayannya memerlukan tahap kesabaran yang superbbbbb.  Sebagai seorang ibu,saya akui,bulan  Ramadan adalah bulan yang sempurna untuk mengajarkan anak berbagai aspek kebaikan.

Walaubagaimanapun,mengajarkan hal yang baik pada anak-anak bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Terutama mengajari mereka berpuasa. Anak-anak memerlukan waktu untuk berlatih berpuasa dengan baik.

Berikut adalah beberapa tips yang diberikan oleh Ezsoftech.com untuk mengajarkan berpuasa pada anak-anak Anda.
1. Belajar sambil berlatih

Pengetahuan tak akan bermanfaat selama tak diikuti dengan perilaku. Begitu juga dengan puasa. Menerangkan berbagai macam cara puasa pada anak tak akan lengkap sebelum Anda membiarkan mereka mencoba berpuasa. Biarkan anak mencoba menahan haus dan lapas semampu mereka. Sambil berlatih, mereka akan meningkatkan kemampuan untuk bisa berpuasa dengan sempurna.

2. Libatkan emosi mereka

Anak-anak sangat suka melakukan sesuatu yang berkaitan secara emosional dengan mereka. Ini membuat pengajaran melalui hal-hal yang mereka sukai, misalkan permainan atau gambar, akan lebih menarik perhatian mereka. Anda bisa mulai mengajarkan puasa dengan menceritakan kisah-kisah orang yang berpuasa, merayakan idul fitri, dan sebagainya.

3. Beritahukan tujuan berpuasa

Inshaa Allah,tahun ini
Nurin berjaya Berpuasa penuh!
Anak-anak seringkali bertanya-tanya: “Mengapa kita harus berpuasa?” atau berpikir “Puasa sepertinya tidak berguna.” Sayangnya banyak orang tua yang tak bijak menanggapi pertanyaan dan pernyataan semacam ini. Mereka biasanya hanya menjawab “Karena kalian harus melakukannya,” atau “KArena ibu menyuruh kalian melakukannya,” atau yang lebih parah “Karena kamu akan mendapatkan mainan baru jika berpuasa.”

Jawaban-jawaban semacam ini tak akan memberikan pondasi yang kuat terhadap keinginan anak untuk berpuasa. Beritahukan bahwa tujuan berpuasa adalah untuk mematuhi perintah Allah SWT. Karena berpuasa merupakan kewajiban umat Islam, dan selama bulan Ramadan pahala yang didapatkan umat Islam akan berlipat ganda. Ini akan meningkatkan semangat mereka untuk berpuasa dengan alasan yang benar.
4. Tekankan ide besarnya

Aturan-aturan yang terlalu banyak kadang bisa membuat anak malas sebelum benar-benar memulai berpuasa. Beritahukan saja aturan pokoknya pada mereka. Mereka tak diperbolehkan makan, minum, dan marah. Meski beberapa anak kemungkinan akan makan secara diam-diam, tetapi jangan lantas menceramahinya panjang lebar karena hal ini. Alih-alih memberikan banyak aturan tambahan, katakan saja bahwa Allah SWT selalu mengawasi mereka. Dengan begitu, mereka yang akan menentukan sendiri bagaimana harus berperilaku. Ulangi ide dasar tersebut setiap hari sehingga mereka akan mengingatnya.

5. Biarkan mereka menentukan

Yang tak diketahui oleh orang tua adalah bahwa terkadang anak-anak melihat tanggung jawab dengan cara yang lebih serius dibanding orang dewasa. Karena itu, biarkan mereka yang menentukan. Beri mereka tanggung jawab dan tugas yang berkaitan dengan puasa. Misalkan membantu menyiapkan sahur atau makanan berbuka.


6. Tunjukkan ketertarikan

Anak-anak akan menjadi semakin teruja menyambut Ramadan jika mereka melihat orang tua mereka juga bergembira menyambutnya. Jadi, tunjukkan contoh yang baik....kita menyambut dan meraikan Ramadan, dan bagaimana Anda akan menjalani Ramadan dengan penuh suka cita dan 'teruja,. Mereka akan belajar menghadapi Ramadan dengan melihat perilaku orang tuanya. Terlihat keterujaan kita  menyambut Ramadan juga  menjadi motivasi bagi anak untuk menjalani ibadah puasa.


7. Gabungkan pembelajaran dengan kasih sayang

Bagaimanapun hasilnya, ingatlah bahwa mereka masih anak-anak dan sedang belajar. jadi, perlakukan mereka dengan penuh kasih sayang bagaimana pun mereka menjalani puasa mereka. Hargai usaha mereka untuk belajar berpuasa. Katakan bahwa Anda bangga dan bahagia melihat mereka berjaya berpuasa, meski pun hanya setengah hari. Ini menyebabkan keyakinan diri  anak-anak menjadi tinggi dan membuat mereka semakin bersemangat untuk memperbaiki puasa mereka.

Itulah tujuh langkah mudah untuk mengajarkan puasa pada anak-anak anda. Jangan cepat berputus asa ketika anak belum berjaya berpuasa seperti seorang dewasa. Latihlah anak-anak kita  dengan bimbingan, kasih sayang, dan kesabaran dan doa yang dari lubuk hati seorang ibu.

Moga Nurin membesar dan memahami kasih sayang  mama dan abahnya yang tak pernah bertepi....sedalam dan sehangat....hanya Allah jua yang tahu....
Sumber : Merdeka.com

Friday, June 21, 2013

Diari Umrah

Along tak de dalam gambar(Gambar..hanya Hiasan)

Alhamdulillah....Umrah kali petama....Umur saya 4 tahun...Saya bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana mengurniakan rezeki kepada kedua ibubapa saya dan dengan izinNya juga saya dijemput mengerjakan ibadah Umrah bersama keluarga  beberapa kali sejak tahun 2008.
Di bawah antara gambar-gambar kenangan ketika saya berpeluang mengerjakan umrah pada 2013(20.3-4.4.2013)


Selepas Solat Subuh di Masjidil Haram

Kepenatan...menanti masuk waktu Isyak

Di Restoren D'Saji


SPAIN/CAIRO/JEDDAH/KL

TENTATIF UMRAH 2013 [20 MAC-4 APRIL 2013]

KUALA LUMPUR – CAIRO (KAHERAH)
 Lapor diri di KLIA·
 Check-in bagasi, serahan passport / boarding pass·
 Transit di Lapangan Terbang Bangkok·
 Berlepas ke Cairo·


CAIRO (KAHERAH) – MADRID
 Transit di Lapangan Terbang Cairo (transit sahaja )·
 Teruskan perjalanan ke Sepanyol. Tiba di Madrid Airport.·


MADRID
Panoramic tour : Plaza de Espana, De Oriente, Plaza Mayor,
Puerta del Sol, Neptuno, Plaza De Cibeles, Puerta de Alcala, Bull-ring
 Teruskan perjalanan ke Cordoba ( 401km )·


CORDOBA – MADINAT AL ZAHRA – GRANADA
 Masjid Cordoba ( Mesquita ), Al Qasr Complex, Gardens· & Roman Walls
 Islamic Cultural Centre·
 Teruskan perjalanan ke Granada ( 211km )·


GRANADA –AL HAMBRA / GENERALIFE - TOLEDO
 Melawati Al Hambra ( UNESCO World Herritage Site ) dan“Generalife Garden”.·
 Teruskan perjalanan ke Toledo ( 372km ).·


TOLEDO
 Lawatan singkat di Toledo·
 Melawat masjid Christ of the Light, Oldest Moorish Monuments·


MADRID – KAHERAH - JEDDAH
 Teruskan penerbangan ke Jeddah dan transit di Cairo.·
· Tiba di Jeddah, jemaah akan bertolak ke Makkah atau Madinah mengikut kesesuaian jadual ketibaan dan kekosongan hotel penginapan.


MADINAH
 Ziarah Dalam - Maqam Rasulullah SAW dan sahabat, Raudhah dan Perkuburan Baqi’·
 Ziarah Luar - Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Medan Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh),Jabal Uhud, Pasar Kurma/ Ladang Kurma·
· Ziarah Pilihan (dengan bayaran tambahan): Lapangan Magnet Kilang Al-Quran (hanya jemaah lelaki sahaja) (tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan   Arab Saudi).
 Ziarah Wada’·


MADINAH – MAKKAH
 Memakai ihram umrah.·
 Bertolak ke Makkah – bermiqat di masjid Bir Ali (umrah pertama)·
 Tiba di Makkah, mengerjakan tawaf· & saie secara berjemaah dan dibimbing oleh mutawif.


MAKKAH
 Ziarah Luar – Jabal Thur, Jabal Rahmah, Jabal Nur ( Arafah ), Muzdalifah,·
Jamrah & Mina ( melintasi & memandang dari dalam bas ), Masjid Ja'ranah &
miqat (umrah kedua).
 Umrah Tana’im – miqat untuk umrah (umrah ketiga).·
· Ziarah Pilihan Hudaibiyah (dengan bayaran tambahan) - ladang ternakanunta dan Muzium Haramain (tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi), Masjid Hudaibiyah & miqat
 Ziarah Pilihan Gua Hera’ (dengan bayaran tambahan) - mendaki Jabal Nur untuk melihat Gua Hera’ Tawaf Wida'·


JEDDAH – CAIRO (KAHERAH) - KUALA LUMPUR
 Transit di Cairo dan Bangkok sebelum tiba di KLIA.·




Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu...Mak(Mama untuk Nek)

RATU HATI KU

Saat ini...
terbit rasa rindu di hati,
rasa sedih mula bertamu
rasa kehilangan
ketandusan kasih sayangmu...

Mak,Ibu,Umi,Mama
tak kira apa,
dirimu tetap ratuku,
dirimu guruku
dirimu srikandiku
kau segalanya bagiku...

Ratuku
Rinduku bertamu lagi
rinduku padamu
rinduku pada senyumanmu
pada gelak tawamu
rindu pada pesananmu
Biar kita telah dipisahkan
Namun dirimu sentiasa dekat dihatiku

Pada DIA tak lupa kubermohon
akan kesejahteraanmu di sana....


Saturday, February 9, 2013

IMTIHAN DAH HABIS

Assalamualaikum w.h.t..


Si manja dengan speda
Seronok mama dengar kau orang dah selesai exam...bolehlah mama bertenang sikit...dalam kalut menguruskan karenah 'si manja' yang pelbagai ragam di awal-awal tahun ni...entahlah...sekejap darah tinggi ...sekejap darah rendah agaknya 'si emak' ni ya...
Mama dan Abah ada di belakang saya!!!
Rasanya...tak setanding menguruskan 'kauorang' empat orang serentak dulu...awal2 90an...dengan menguruskan  'si manja' yang sorang ni....maklumlah dalam 2 minggu pertama persekolahan ni....pelbagai karenah sudah dipamerkan.....di sebalik uniform pengawas yang berlainan mengikut hari....saiz balutan buku yang tak sama dengan kawan2...rasa penat nak kayuh 'speda'...syarat ketat yang pelbagai...mama kena ambik dia...sedangkan boleh dikatakan tiap-tiap hari pada waktu yang sama...mama dihambat dengan jadual mesyuarat dan taklimat yang pelbagai....KEMUNCAKNYA...dia tak taknak ke sekolah sebab tak nak cek gigi....katanya nak tunggu 'angah' yang cek gigi dia....mama dah buntu...dua kali kena pergi jumpa guru kelasnya...supaya batalkan kebenaran pemeriksaan doktor gigi....ntahlah apa kata pasukan petugas tu...'anak cikgu' ke macam ni...lYa Allah....salah cikgu 'ni'...ke???...kenapa tak sebut 'anak GM Sime...'ke macam ni.....
Kalau tak diturutkan alamak seminggulah dia tak nak ke sekolah....lepas dua hari tuang sekolah...alih-alih dia risau pulak nak kena naikkan bendera kat tiang....disuruh lagi mama....agar uruskan 'tution' tu...atau call guru disiplin beritau pasal tu.....aduhai.....mama tengah pening  menguruskan penempatan nama2 pelajar ke Tingkatan 4.....PPD K Sel. pulak satu hal.............semua permohonan pelajar baru nak ke SMKRMM semua dilayan.....para pelajar pulak satu hal....sibuk nak tukar aliran lah....kalau yang layak kurang sikit rasa nak geremmmm....kadang yang tak berapa nak layakpun... memohon ke kelas 'atas'....dengan alasan nak jadi itu...nak jadi ini.....nasib cikgu.....laaaa...'labuuuuu'....
Sentiasa Menguji dan Diuji...

Saya Selalu Mendoakan Mama Saya

Rasanya banyak sangat si emak ini nak fikir di awal-awal....tahun ni....tapi bila anak2 yang jauh di 'bumi sana' beritau dah abis exam..............legaaaaa sangat....'holl' dulu puasa....hehe....semoga DIA mendengar doa2 mama supaya memudahkan kauorang menjawab 'exam...melembutkan hati simanja....biar jadi orang pandai...pintar....berani.....dan bermacam2 lagi yang baik-baik.....dan yang paling penting dikurniakan mama tahap kesabaran yang luar biasa...dalam melayani karenah dia....yang bermacam ragam..........
Doa Mohon Kesabaran
                    
Dah Besar Di Timang Gelombang


Di majlis kahwin anak kawan....

Selamat Bercuti ke Rome Dan Istambul

Istambul...kami datang....
Assalamualaikum w.h.t..

Si manja dengan speda
Seronok mama dengar kau orang dah selesai exam...bolehlah mama bertenang sikit...dalam kalut menguruskan karenah 'si manja' yang pelbagai ragam di awal-awal tahun ni...entahlah...sekejap darah tinggi ...sekejap darah rendah agaknya 'si emak' ni ya...
Mama dan Abah ada di belakang saya!!!
Rasanya...tak setanding menguruskan 'kauorang' empat orang serentak dulu...awal2 90an...dengan menguruskan  'si manja' yang sorang ni....maklumlah dalam 2 minggu pertama persekolahan ni....pelbagai karenah sudah dipamerkan.....di sebalik uniform pengawas yang berlainan mengikut hari....saiz balutan buku yang tak sama dengan kawan2...rasa penat nak kayuh 'speda'...syarat ketat yang pelbagai...mama kena ambik dia...sedangkan boleh dikatakan tiap-tiap hari pada waktu yang sama...mama dihambat dengan jadual mesyuarat dan taklimat yang pelbagai....KEMUNCAKNYA...dia tak taknak ke sekolah sebab tak nak cek gigi....katanya nak tunggu 'angah' yang cek gigi dia....mama dah buntu...dua kali kena pergi jumpa guru kelasnya...supaya batalkan kebenaran pemeriksaan doktor gigi....ntahlah apa kata pasukan petugas tu...'anak cikgu' ke macam ni...lYa Allah....salah cikgu 'ni'...ke???...kenapa tak sebut 'anak GM Sime...'ke macam ni.....
Kalau tak diturutkan alamak seminggulah dia tak nak ke sekolah....lepas dua hari tuang sekolah...alih-alih dia risau pulak nak kena naikkan bendera kat tiang....disuruh lagi mama....agar uruskan 'tution' tu...atau call guru disiplin beritau pasal tu.....aduhai.....mama tengah pening  menguruskan penempatan nama2 pelajar ke Tingkatan 4.....PPD K Sel. pulak satu hal.............semua permohonan pelajar baru nak ke SMKRMM semua dilayan.....para pelajar pulak satu hal....sibuk nak tukar aliran lah....kalau yang layak kurang sikit rasa nak geremmmm....kadang yang tak berapa nak layakpun... memohon ke kelas 'atas'....dengan alasan nak jadi itu...nak jadi ini.....nasib cikgu.....laaaa...'labuuuuu'....
Sentiasa Menguji dan Diuji...

Saya Selalu Mendoakan Mama Saya

Rasanya banyak sangat si emak ini nak fikir di awal-awal....tahun ni....tapi bila anak2 yang jauh di 'bumi sana' beritau dah abis exam..............legaaaaa sangat....'holl' dulu puasa....hehe....semoga DIA mendengar doa2 mama supaya memudahkan kauorang menjawab 'exam...melembutkan hati simanja....biar jadi orang pandai...pintar....berani.....dan bermacam2 lagi yang baik-baik.....dan yang paling penting dikurniakan mama tahap kesabaran yang luar biasa...dalam melayani karenah dia....yang bermacam ragam..........
Doa Mohon Kesabaran
                    
Dah Besar Di Timang Gelombang


Di majlis kahwin anak kawan....

Selamat Bercuti ke Rome Dan Istambul

Istambul...kami datang....