DIARI KASIH NURIN

Monday, November 17, 2014

10 TAHUN DI 2014

ALHAMDULILLAH....

KEK SAYA TAHUN INI

TERIMA KASIH ABAH & MAMA
AINA' UMAIRAH BATRISYIA MYBFF -TURUT SAMA MERAIKAN.TQ.

Thursday, October 23, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 1436

1 MUHARRAM 1436







Ya Allah!ampunilah segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka
keduanya sebagaimana mereka memeliharaku sejak aku kecil.


Monday, July 14, 2014

SALAM NUZUL QURAAN DARI NURIN

Alhamdulillah Syukur Nikmat.

Ramadhan 1435 dapat Nurin harungi dengan jayanya berbanding tahun2 sebelumnya...cuma masih agak liat untuk bangun bersahur. Setiap pagi terpaksalah mama,abah dan kakak abang'bergotong royong' menguruskannya.....

Semoga Allah memberi kekuatan agar Nurin terus berjaya..

Alhamdulillah...In shaa Allah.








Monday, April 7, 2014

DIARI CUTI MAC 2014

 HARINYA TIBA LAGI

Alhamdulillah,syukur Ya Allah,hari ini kami ,saya dn dan seorang abang berpeluang mengikut abah dan mama menjadi tetamuNya lagi. Syukran Ya Allah.Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Mu.
Manisnya lagi kali ini Mama dan abah dapat mengimbau kembali detik-detik menjadintetamuNya di musim haji di dan hujung 2013 awal tahun2004, iaitu berihram dari tanah air. Ini bermakna perjalanan kami terus dari KLIA-JEDD-MEDINNA.Ketika itu saya belum dilahirkan lagi...
Hari ini tanggal 22 Mac 2014 kami  diterima  menjadi tetamunya untuk ke sekian kalinya melalui Agen WIRA SAUJANA.

Ya Allah !Ya Raheem...kau lancarkanlah perjalanan SV 831kami ke destinasinya. Semoga kami di permudahkan semua urusan dan pulang dengan umrah yang makbul.InsyaAllah.
Alhamduillah kami dapat seat sederet...46D,E,H,G. Taklah  duduk bersepah yang sangat sukar un tuk mamanak memantau makan minum saya yang kuat tido dalam penerbangan....hihi

Setelah menunggu hampir hampir 5 jam kerana fligth delayed selama 2jam...Alhamdulillah lebih kurang jam 5.30 ptg kamipun mendaftar masuk ke bangunan stelite..melalui pintu B37 nun jauh ke selatan.Kira-kira satu jam sebelum 'take off"...isyarat dari anak kapal dalam bahasa arab,inggeris dan bahasa melayu...membaritahu bahawa kami telah tiba ke Qornumunazzil...iaitu tempat berniat Ihram...maka bermulalah perjalanan Ihram dan kami perlu menjaga ke semua 13 pantang larang dalam ihram kami....Robbituassirr....Ya Allah permudahkan segalanya.....LABBAIKALLAHUMALABAIK......

Kami selamat sampai dan Checkin Nada Diaffah jam 9.35 malam. Alhamdulillah kami ditempatkan di bilik 102 secara berempat.Biliknya cukup selesa.Setelah makan malam,dan berehat sebentar...kira-kira jam 10.30 malam kami dibawa oleh Mutawwif yang bertugas untuk melengkapkan umrah pertama kami. Disebabkan orang terlalu ramai.....kami cuma dapat menyiapkan umrah iaitu bertahlul kira-kira jam 1.30 pagi....jadi kamipun...berehat saja di masjid Agong ini sementara menunggu masuk waktu subuh iaitu sekitar pukul 4 52 pagi....macam lama kan?...tapi sebenarnya tidak terasa begitu jika kita di sini.....

SAYA,ABANG,MAMA DN ABAH



Setelah mengharungi perjalanan lebih kurang 7-8 jam...akhirnya kira-kira jam 8 malam kami selamat tiba ke kota penuh cahaya ini.Perjalanan bas kami begitu lancar. Di Madinah kami chek inn diHotel Al Anwar Movenpick.Alhamdulillah sekali lagi mengimbau kenangan musim haji saya dan suami pada tahun 2004. Cuma bezannya masa haji kami menginap di Bilik 603.Al Haram Tower iaitu bilik kami meengadap Masjidil Al Nabawi,tetapi kali ini kami menginap di Bilik 702 di Madinah Tower.Ini kerana Hotel ini mempunyai dua Tower yang mana menyebabkan kekeliruan kepada bukan sedikit jemaah kerana kedudukan No bilik dan Aras adalah sama...yang berbeza  cuma menaranya sahaja. Di sini kami makan dan minum di Restoren Toyibbah di Aras 1....yang mana settingnya begitu superb.....maklumlah Hotel 5 bintang....Syukur Alhamdulillah,cuma menu dan masakannya... ala-ala sahaja....bak kata Ustaz Mutawwif...menu THAINDON(iaitu Thailand dan Indonesia)...tapi bagi saya...rasa macam lebih kurang masakan orang Bandung aje...jagung rebus,keropok sayur tak boleh tinggal.........hihi..rindu pulak dengan masakan dari Catering ketika di Mekah.....
DI MADINAH


DIARI CUTI DISEMBER     D PETROSAINS KL








Friday, February 21, 2014

Saya Dah Tahun 4 2014

Tahun Baru Kisah Baru...rutin sama

Sedar tak sedar dah hampir 10 kali jumaat saya lalui di tahun 4 2014.Semoga Allah permudahkan urusan saya,mama,cikgu2 semua sepanjang persekolahan saya di tahun ini dan seterusnya.

Mama suka baca ayat dari surah ini pada pagi jumaat.Alhamdulillah juga menjadi motivasi untuk saya mengaji Alquraan pada tiap2 petang...terima kasih pada guru Quraan saya iaitu IBU Masyita dan tidak lupa kepada mama yang setia menunggu saya mengaji selepas balik dari SAR. Terima kasih Ya Rabb. 

SURAH AL KAHFI