DIARI KASIH NURIN

Thursday, August 29, 2013

SANAH HELWAH ABANG AIMAN


Assalamualaikum wht,


Selamat Ulanggtahun Tahun mama ucapkan untuk Abang Aiman yang ke 16.Walaupun tarikh 30 Ogos jatuh pada hari Jumaat dan merupakan hari cuti di Terengganu tapi...disebabkan Aiman berjauhan dari keluarga...tak dapatlah diraikan...anggap ajelah kita dah ~celebrate~ awal dihari raya ketika bercuti baru-baru ini.

Sempena hari bersejarah ini...dengan peningkatan usia...moga anak mama akan lebih matang...dan lebih berdikari. Sesungguhnya mama dan abah sangat-sangat bersyukur padaNya dan rasa amat bertuah kerana di usia ini Aiman sudah berjaya menghafal 30 Juzuk Kalamullah.Alhamdulillah!!!

Moga menjadi bekalan abadi dalam meniti kejayaan di masa depan untuk menjadi anak soleh serta cemerlang di dunia dan akhirat.Doa mama tak-tak putus semoga anakanda kesayangan sentiasa dilindungi dengan payung rahmat Ilahi dengan fikiran ,hati yang terang,kejayaan serta kecemerlangan yang berpanjangan.Aminn.


Mengintai Masa Depan....
Diam2..berisi si pemilik nama AIMAN HAZIM

Raikan birthday lebih awal di bumi Perth 14 Ogos 2013


Saturday, August 24, 2013

PUASA ENAM

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Selamat Berpuasa Sunat Enam
Sudah berjayakah menunaikan puasa sunat Syawal???

Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal. 

Lafaz niat bagi yang balum tahu

Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

Maklumat lanjut: Klik disini


Friday, August 9, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434

Assalamualaikum wht

     Hari ini dah masuk hari kedua kita umat Islam menyambut hari kemenangan..Dan meninggalkan Ramadhan berlalu pergi...walaupun dengan berat di hati terpaksa meninggalkan bulan yang dijanjikan dengan seribu ganjaran...

  Kalau dulu,raya pertama lagi kami dapat berkumpul bersama2 di rumah che long iaitu kakak sulong abah, tapi ianya telah sedikit berubah sejak 2 tahun kebelakangan ini...iaitu setelah ayah Nan mendpt menantu iaitu selepas Kak Ti dan Kak Imah menemui jodoh masing-masing.
Saya,mama,k Imah,Che ngah,K Ti,Angah
    Kami sekeluarga Cuma dpt beraya di kampung sampai raya ke dua sahaja..bermakna hari ini saya Dan keluarga Akan bertolak balik ke Selangor.  Pagi2 lagi kami dah bersiap...selepas menziarahi 3 atau empat keluarga nenek saudara...lebih kurang pukol 12 tengah hari kami pun bergerak Dari Kampung Atas Tol ke destinasi seterusnya.  Memandangkan hari ini hari Jumaat abah bhenti untuk solat Jumaat di Masjid Al Barakah berhampiran Pekan Ajil. Sementara menunggu masuk waktu solat kami sempat beraya dengan keluarga Ayah Nan..abang kepada abah.

image.jpeg
Dari kiri Abah,Along,Acik,Abang,Ayah Nan,Abg Zul,Mi,Abg Daus,Ki
   Setelah usai solat Jumaat dan bermaafan kamipun meneruskan perjalanan dan berhenti rehat di R&R Gambang....selepas mama dan angah selesai solat...perjalanan lagi dan mama bercadang untuk menziarahi bapa saudara mama iaitu satu2nya abang arwah nenek di Felda Jengka 9.Tetapi kebetulan pula keluarga Atuk Harun dalam perjalanan untuk beraya ke Terengganu...Alhamdulillah Allah masih mengizinkan dan memakbulkan hasrat mama untuk berjumpa dan bermaafan dengan atuk Harun...kerana mama mengatur pertemuan di Bandar Maran iaitu dideretan kedai berhampiran pasaraya Tunas Manja...serta bhadapan dengan bangunan Pejabat Risda Maran.
 
image.jpeg
Angah,Mak long,Mama,nenek,atuk Harun,Abah,Pak long,anaknya(Firdaus),
Abang dan Along,acik (dalam kereta)...saya yang snap gambar!
           Pak long Anuar iaitu anak sulong atuk Harun siap mengusik saya..."Oooo inilah Nurin Ayshah yang selalu berchatting dengan paklong dalam FB"....hihi...saya malu.... setelah bertanya khabar dn bermaaf-maafan, kamipun meneruskan perjalanan...saya berpeluang menambah koleksi kutipan duit raya sbyk #sepuluh ringgit# lagi...seronok sangat!!! Semoga dapat berjumpa lagi di lain hari.....dan silaturahim berpanjangan insyaAllah.

                             SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...
                MINNAL AIDIL WAL FAIZIN...


      BERHATI-HATI DI JALANRAYA 

            DAN DI MANA2 SAJA...
KERANA MALANG TIDAK DAPAT DIHIDU...

~UkwahFillah~