DIARI KASIH NURIN

Saturday, March 12, 2011

CUTI PENGGAL 1 12/3-20/3



Ayshah....

Tak tau maksud cuti lagi
mood tidak menentu
kadangkala seronok nak pergi sekolah
kadang kala dia keliru...
Ma "mengapa ada guru yang garang"...
Soalan yang perlu dijawab dengan berkali-kali dan berhati-hati..
Alhamdulillah,setelah melalui kemelut hari tu
semangatnya kembali pulih....Sebagai seorang pendidik aku memahami dan cuba mengerti suasana yang terpaksa dilalui oleh puteriku.Aku sedaya upaya memberi galakan untuk mengembalikan semangatnya.Kepada kawan-kawan yang turut menberi sokongan dan doa kuucapkan jutaan terima kasih.

Pada anakku Ayshah....
Mama doakan yang terbaik untukmu nak.Syukur Alhamdulillah perkembangan pelajaran adik banyak sekali kemajuan.Harapan mama,Ayshah belajar dengan tekun dan bersemangat untuk menjadi seorang anak yang berjaya,pintar,beriman,patuh dan membina serta mencapai cita-cita suatu hari kelak.Jadikan kejayaan abang2 dan kakak sebagai dorongan.Semoga peristiwa yang tersurat di awal persekolahan adik akan membakar semangat untuk berjaya dan tentunya mama harapkan semoga kejadian tersebut tidak akan berulang lagi kepada pelajar2 junior adik nanti.Dan mama doakan agar rakan-rakan pendidik seperti mama lebih mendalami dan menhayati FPN dalam membentuk emosi anak-anak yang masih lembut seperti adik dan rakan-rakan kerana bukan semua masalah boleh di selesaikan dengan hukuman.
Cinta kasih Mama

No comments:

Post a Comment