DIARI KASIH NURIN

Monday, March 28, 2011

padaMu tempatku mengadu....















Ya Allah...
Mudahkanlah pembelajaranku
Terangkanlh hatiku dalam menerima ilmu dunia dan akhirat
Berikanlah kekuatan dan kesihatan yang baik pada abah dan mama
Kasihanilah mereka sebagaimana kasih sayang mereka yang melimpah ruah untukku...
Berikan jua kekuatan dan keberkatan kepada semua guru-guruku.
Semoga aku menjadi insan yang kuat dan berani,sentiasa berjaya cemerlang,
patuh pada ajaran agama,menjadi anak yang baik pada ibubapa...
Hanya padaMu tempat aku memohon
Amin...Ya Robbalalamin.

Sayang mama

Hari ni sekali lagi jadaualku terganggu...
Mama....
Ayshah tak nak sekolah...
Mengapa?
Tak nak...
Napa?
Tak nak....
Ya Allah..dugaan lagi
Macam mana ni?
Pagi tadi dengan cerianya dia bersiap...
Tapi bila sampai sahaja di pintu sekolah
dia ulangi lagi.....

Saturday, March 12, 2011

CUTI PENGGAL 1 12/3-20/3



Ayshah....

Tak tau maksud cuti lagi
mood tidak menentu
kadangkala seronok nak pergi sekolah
kadang kala dia keliru...
Ma "mengapa ada guru yang garang"...
Soalan yang perlu dijawab dengan berkali-kali dan berhati-hati..
Alhamdulillah,setelah melalui kemelut hari tu
semangatnya kembali pulih....Sebagai seorang pendidik aku memahami dan cuba mengerti suasana yang terpaksa dilalui oleh puteriku.Aku sedaya upaya memberi galakan untuk mengembalikan semangatnya.Kepada kawan-kawan yang turut menberi sokongan dan doa kuucapkan jutaan terima kasih.

Pada anakku Ayshah....
Mama doakan yang terbaik untukmu nak.Syukur Alhamdulillah perkembangan pelajaran adik banyak sekali kemajuan.Harapan mama,Ayshah belajar dengan tekun dan bersemangat untuk menjadi seorang anak yang berjaya,pintar,beriman,patuh dan membina serta mencapai cita-cita suatu hari kelak.Jadikan kejayaan abang2 dan kakak sebagai dorongan.Semoga peristiwa yang tersurat di awal persekolahan adik akan membakar semangat untuk berjaya dan tentunya mama harapkan semoga kejadian tersebut tidak akan berulang lagi kepada pelajar2 junior adik nanti.Dan mama doakan agar rakan-rakan pendidik seperti mama lebih mendalami dan menhayati FPN dalam membentuk emosi anak-anak yang masih lembut seperti adik dan rakan-rakan kerana bukan semua masalah boleh di selesaikan dengan hukuman.
Cinta kasih Mama

Khabar Gembira Dari ARB


Sukarnya............
Hari ini...
Dapat parcel...Tahniah anda berjaya.
ALHAMDULILLAH!!!
Syukur.
Akhirnya khabar gembira diperolehi.
Terimakasih....tahniah anakku Hafiz