DIARI KASIH NURIN

Wednesday, December 19, 2012

Alhamdulillah...Tahniah Abang Aiman

Alhamdulillah! Abang Aiman tersenarai antara pelajar cemerlang...

Penantian berakhir ...bermula lagi satu  perjalanan  yang panjang...

Sekadar ingin berkongsi nasihat dari 
Pakar Motivasi tekenal Dato` Dr. Hj Mohd Fadilah Kamsah 



Kejar Akhirat...dunia akan datang sendiri...InsyaALLAH
As salamu'alaikum semua yg tersyg. Moga Allah merahmati kita semua. 
SYUKUR & TAHNIAH KEPADA ANAK2 YG TELAH LULUS PMR DENGAN CEMERLANG.
Ingat bahawa kecemerlangan anda adalah natijah kpd doa & usha gigih anda, ibubapa, guru, kwn2 & semua mrk yg secara langsung & tak langsung membantu anda utk berjaya. Justeru, berbanggalah tapi jgn lupa diri. Segera rapatkan hub dgn Allah, taati ibubapa, sayangi guru & kwn2, doakan org lain, lakukan usaha dgn terbaik, elak buat maksiat & azam utk berterusan berusaha ke arah kecemerlangan. Untuk yg dpt result kurang memuaskan, BERSYUKURLAH krn Allah beri ingatan & mendidik anda utk segera berubah & elak ulangi kesilapan yg lalu. Azam utk berubah ke arah kecemerlangan. Wassalam.




Tuesday, November 13, 2012

BiTauffik Wa Najjah

Salam Imtihan utk Amir Haziq

Mama dn Abah serta adik2 angah dn along mengiringi perjuangan acik dgn doa yg berpnjgn...

Doa kita hanya padaNya


Thursday, November 8, 2012

Selamat Ulang Tahun


Saya dah 8 tahun hari ni.........yeay..

Terima kasih  Abah & Mama

Alhamdulillah ...Hari ini,hari  ulang tahun kelahiran saya yang ke 8.Kebetulan sama dengan Hari Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan SKBB 2012.Mama bawak ke ini ke sekolah.Seronok...tapi tak boleh celebrate lg...sebab kwn2 saya cuti...sempena Hari anugerah...saya dan dua orang kawan saya saja aje yang hadir...iaitu pelajar yang berjaya mendapat kedudukan temrpat Pertama,kedua dan ketiga dalam kelas saja yang diminta hadir...kawan-kawan lain dicutikan...Jadi...mama bawakan kek saya ke sekolah petang...Alhamdulillah saya berjaya mendapat nombor 3...hehe..kiranya ini hadiah bermakna sempena birthday saya.Di  tahun depan saya akan berusaha bersungguh2 supaya mendapat kedudukan lebih baik...insyaAllah.

Semoga saya boleh hilang sifat2 yang negatif...
saya nak jadi anak yang lebih baik ....


Terima kasih cikgu....
Laju je saya berjalan masa ambik hadiah.....




 Terima kasih mama...kerana hadiahkan kek ada angry birddd....

Rupa-rupanya..........di sekolah petangpun....hanya 6 orang saja rakan-rakan saya yang datang...
Usatazah agih-agihkan kek saya ke kelas sebelah.....semua mereka cakap 'sedapnya kek Nurin..'
Saya seronok sangat....sebab mereka cakap kek saya cantikkkkkkkkk......Seronoknya kalau 
semua ada...abah,along,angah dan acik...Mama kata " tak pelah....lain kali dapat berkumpul lagi..."
InsyaAllah...








Monday, October 29, 2012

Saya Suka Ini

Tak Tau kenapa saya suka...
Nanti nak mintak dgn mama dn abah 
    Birthday Kek Ada Dia...hehehe

Sama Ke???













 
                                                 

Monday, October 8, 2012

Tiba Musim PMR

Selamat Menghadapi PMR Abang Aiman
Kami Semua Mendoakan Kejayaan Abang Aiman
Semoga memperolehi Kejayaan Cemerlang.Ameen

Saturday, September 1, 2012

31 Ogos 2012

  1. Dentuman bunga api malam tadi...mengiringi percutian kami di bumi Dungun...abang dan abah tertidur selepas kepenatan mengulangkaji pelajaran...mama,angah dan along dh terlena lebih awal lagi...


Pagi2 selepas semua selesai bersiap,kami ke sebuah gerai berdekatan hotel untuk bersarapan...begitu tenang dan nyaman sekali bila dpt bersarapan di tepian pantai..dengan berbagai menu selera pantai timur lkegemaran mama dn abah pulak tu....

Menu pilihan abah....Roti canai,apam berkuah dn teh tarik

Mama....Nasi lemak Ikan,Keropok Leko dn air suam

Kami semua memilih Roti canai dn Milo Ais...



http://www.shutterstock.com/pic.mhtml?id=97283357&rid=871342

Friday, August 31, 2012

Hari Kemerdekaan 2012

Luahan Hati Adik dari Mama


Selamat Ulangtahun kelahiran ke 15 untuk Aiman  




 

(Ya Allah berikan anakku hikmah kebijaksanaan serta kejayaan di dunia dan akhirat. Jadikan mereka anak yang soleh yang diredhai olehMu, beriman & bertaqwa, taat dan menghormati kedua ibubapa.)



Tanggal 31 Ogos tahun ni...kami sekeluarga berada di Dungun....Jauhnya membawa diri...ala-ala makan angin...
Entahlah...cuma ini sekadar yang kami mampu membantu kedua abang yang akan menempuh peperiksaan yang besar tahun ni..itulah kata abah dan mama...
Abah sangat berharap dpt menggnakan masa terluang ini utk membantu sedaya yg boleh utk abang menelaah pelajaran mana-mana yang kurang faham...walaupun sedikit kelihatan macam 'rejim'...tapi sebenarnya abah dn mama lakukan utk memudahkan abang menghadapi kertas- kertas soalan nanti...

Jadual percutian kami bermula dengan c inn di Hotel UITM pada malam khamis 29 ogos...selepas balik dari sekolah kami bertolak ke Dungun kerana kebetulan 30 Ogos ada majlis temu murni PMR 2012...yg kebetulan sama tarikh dengan ulangtahun kelahiran abang ke 15...mama tak pernah lupa tu...mana mungkin mama lpa kerana itu kan tarikh keramat mama menyambut kelahiran abang 15 tahun dulu di Pusat Bersalin Tawakal di Kluang Johor.Cepatnya masa bjalan....Abang Aiman dh nak menghadapi Peperiksaan PMR.

Pada Khamis 30 Ogos pagi-pagi lg kami bersiap ke sekolah abang...jam 10 pagi para jemputan telah memenuhi Dewan di IMTIAZ menengah atas..rupanya majlis serentak dengan Jamuan AidilFirti....

Setelah selesai ucapan Tuan Pengetua,abah dan mamapun mulalah berjumpa dengan guru matapelajaran seorang demi seorang...bmula dengan Guru BI,Sains,Sejarah,Pai,Bahasa Arab,BM,KHB,Geo,

Semuanya berjalan lancar....tp bila sampai giliran perjumpaan dengan guru KHB...mama kelihatan sedikit terkejut dgn kata- kata guru abang...rupanya abang suka merajuk dalam kelas..bila ada yang tak kena...abg susah berjumpa cikgu bila ada sebarang masalah...kenapa boleh jadi macam tu...mama kelehitan betul2 terkejut...kata mama" mama tak sangka, perangai abang jadi macam tu...kerana abang yg mama kenal sangat periang dan peramah dr kecil....suka bertanya itu dan ini...macam2 soalan yg keluar dr mulut abang sehingga penat abah dan mama nak layan..." kata mama lg..."mama terasa bagaikan salah mama je...tak sempat bercakap banyak dengan abang sebab fakor jauh dari mata..kerana abang membesar di asrama...walaupun mama tak pernah lupa berdoa pada tuhan biar abang jd seorg yg kuat,selalu berjaya...cemerlang selalu...baik utk ilmu dunia maupun akhirat...Pada tuhan mama memohon pada tuhan agar semuanya belum terlambat dan semua itu tidak menghalang abang utk mencipta kecemerlangan kerana Adik pernah dengar yg mama nk sangat kedua2 abang bjya dengan cemerlang...seterusnya berpeluang ke 'Majlis Kecemerlangan S Darby'...maklumlah semasa majlis meraikan angah dan along dulu...mama terlepas krn kepenatan sekembali dr Umrah....masa majlis utk kecemerlangan UPSR Acik pun sama...masa tu..mama,abah dn kita semua masih di Mekah...Masa majlis kecemerlanan UPSR abang lglah mama termiss'. Kerana abah lupa isi form..
Tp kata mama tak apalah...mesti semua itu ada hikmah dari Allah...kerana dia yg maha mengetahui segalanya...Perancangan Allahlah yg maha perfect...

Adik sangat berharap agar abang dn acik dpt mengembirakan hati abah dn mama...kerana adik perhatikan,walaupun mama dn abah berjauhan dr abang dn acik tp di mulut mama sentiasa menyebut pasal peperiksaan abang dn acik...pada setiap peristiwa...jadual cuti dn sebagainya ianya tidak terlps dri perhatian mama,..adik mendengar semua itu semasa abah berbual dgn mama...,mama bercerita dgn kawan2nya di mana-mana saja......taulah adik yg mama sentiasa risaukan abang dn acik. Adik tahu...mama sangat berbangga dengan abang dn acik kerana berjaya menghafal kalam Allah dari masa ke semasa,mama sentiasa bersyukur dengan kurniaanNya. Mama bercerita yang mama pernah mengalirkn air mata kegembiraan semasa abang menjadi imam di masjid tempat kita...mama tau abang suka menyahut cabaran...
Doa ikhlas dari Mama...Ya, Rabbi...hindarkanlah kami daripada terus menerus mengharapkan pertolongan manusia,sehingga sengaja mengenepikan usaha sendiri terlebih dahulu.....setelah itu berikanlah kami kekuatan dan keazaman yang jitu untuk melaksanakannya.Jgn biarkn kami mudah melahirkan rasa putus asa.Semoga dgn sekelumit usaha yang kami cagarkn ini,menjdkan kami insan2 yg sanggup berkorban untuk agamaMu.....


Setelah menghabiskan masa '
percutian belajar' selama 4 hari 3 malam akhirnya kami sekeluarga kembali semula ke Selangor selepas menghantar ke dua2 abang dn acik ke asrama.Hari ini 2 September acik meneruskan Trial SPMnya dengan Subjek Pendidikan Syariah...Good luck untuk acik...kami doakan semoga abang dn acik diberikan kekuatan dn kesihatan yang baik.Ameen...

Saturday, January 28, 2012

Menemui Abang Aiman

Bismillahirrahmanirrahim.

Kehadapan abang Aiman yang disayangi....
Semoga di dalam peliharaanNya selalu...

Abang! macam mana dengan kelas tambahan abang? macam mana dengan persediaan untuk TOV.
Selamat menghadapi ujian pertama di tingkatan 3,Ayshah tahu mama tak pernah putus-putus berdoakan agar abang berjaya selalu, dn semoga abang tidak lalai dengan perjalanan masa yg begitu laju....

Apa perubahan abang selepas mengikuti kem Exell-minds baru-baru ni....,tentunya byk ilmu yg abang dh timba kan?,terasa benar cptnya masa berlalu,abg balik cuti,sepatutnya 6 hari,tp terpaksa dipendekkan kpd 4 hari sahaja.Keesokkanya lps balik dr kem abang dah kena balik ke Trg semula.Tak sempat ayshah nk main lama-lama dgn abang.Apa nak buat gara-gara acik nk gi pemilihan takraw abah terpaksa tukar tiket...melayang lg duit abah utk pertukran tu,tp tak apalah kerana kasih dn syg pada anak-anak abah tak berkirapun...alhamdulillah rezeki diberi tuhan,abah melayani semua permintaan anak-anaknya...walaupun berat di hati untuk melepaskan atau merestui acik ke pemilihan tu!!! mama lagilah...sbb ayshah tau,mama dah cakap,kalau boleh mama tak nk abang dn acik menyertai apa-apa perlawanan besar tahun ni,yalah...tahun ni kan tahun penentuan
SPM bg acik dan PMR bagi abang!,tp acik nak jugak pergi...sebenarnya mama yg cadangkan pada abah suruh tukar tiket fligh tu, tujuan mama supaya acik lebih bersemangat beljr selepas ni....jadi,acik ingat pesanan mama tu ya!!!

Macamana dgn rancangan abang pergi ke perpustakaan di K. Trg tu??,ayshah harap abang telah gunakan masa 2 hari tu dgn sebaik-baiknya,belajar dan belajar! jangan buang masa....,kak Wani yang hantar dn ambikkan ya!...abang ucapkan terima kasih tak kat dia.Sebenarnya kalau boleh mama cakap,mama tak nak byk sangat menyusahkan orang lain,tp apa nak buat...dah tersurat abang bersekolah jauh dr mama dan abah.Mama sedey jgk bila c long mengadu....kak wani kena ulang alik hantar dn ambik abang selama 2 ari tu...lps tu kena hantar lagi ke stesen bas KT.,w/pun abah ada tinggalkan '
duit minyak'...,tp yelah.....mama nampak sedey sangat...bila isu itu diceritakan.....mama menangis sebenarnya,bukan mcm perkara kecik!!!!,mama tak tau macam mna nak luahkan!!!!,senang cakap mama tak nak orang lain susah kerana anak mama...w/pun keluarga sendiri,sbb kalau org dah bersunggut tuuuuuu...maknanya org pun tak senanglah!!!!yalah...perasaan mama sebagai mak agaknya lebih sensitif berbanding abah!!!!,kata mama,kalau boleh nak je mama cakap!!!,lepas ni jgn lagilah mtk2 macam tu!!!!,mtk2 org hantar mcm tuan besar!......sebenarnya mama pernah jgk berpengalaman 'berkumpul' serumah dengan 'anak c long',masa duduk d Kapar dulu....di tahun 90 an....abah tak berkirapun....pernah bil telefon beratus-ratus ringgit!!! tp agaknya orgpun dh lupa...tak pelah...abang ingatlah...jgn susahkan orang lg!......mama cakap, nak je mama suruh abang balik je umah toki atau c long kerteh....dekat sikit...tp abang pulak tak nak!,hanya tuhan yg tahu hati mama...

Sampai di sini dulu....nanti ayshah akan menulis lagi...semoga abang kuat semangat,gembira selalu.Selamat belajar dn selamat menghafal ayat2 Allah.Ayshah sangat bangga dengan abang.Abang jangan lupa doakan semoga Ayshahpun dpt berjaya macam abang,insya-Allah.


Nurin Ayshah

Friday, January 6, 2012


Hari Kejohanan Sukan SKBB 2011



Bergambar d Muzium Firaun....Trip To Egypt


Senarai Buku Teks Nurin d Tahun 2 (semua ada 8)



Tahun Berganti....Semua Baru
Selamat Melangkah Ke Tahun 2 Nurin Sayang